ANDA PENGGEMAR MADU, TAPI BELUM PERNAH MENCUBA
MADU EROPAH??

Teringin nak cuba madu-madu ni, beli untuk Mak Ayah.
Tapi sebab TAK TAHU nak bezakan madu asli & tiruan, TAKUT nak beli???
Teringin nak cuba madu-madu ni, beli untuk Mak Ayah.
Tapi sebab TAK TAHU nak bezakan madu asli & tiruan, TAKUT nak beli???
Process penghasilan madu sama seperti proses penghasilan “wine”. Kualiti sesuatu madu itu sangat dipengaruhi oleh Iklim, tanah, jenis bunga, lanskap, dan juga aras pencemaran.
Madu tak kiralah dari negara mana, asalkan ianya tulin – “raw” & tidak diproses (adulterated) masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri.
TETAPI, Madu Eropah ini mempunyai keunikan yang sukar ditandingi oleh mana-mana madu di dunia.
Kebanyakan madu eropah yang popular adalah dari jenis “monofloral” (madu yang bersumberkan dari 1 jenis bunga). Keunikan madu jenis monofloral ini adalah keunikan rasa, tektur, warna & juga aromanya sangat berbeza antara satu sama lain kerana dipengaruhi oleh jenis bunga tersebut.
Contohnya, madu Leatherwood aromanya sedikit seperti herba. Rasanya manis, tetapi dihujungnya terasa seakan-akan herba bunga. Manakala madu Lime (Linden) pula baunya seperti haruman limau, rasanya pula manis, sedikit mentol/mint & sedikit pahit (balsamic) di hujung rasanya.
Kelikatan & warna juga berlainan bergantung kepada jenis bunga. Contoh, madu Heather lebih likat seperti caramel & berwarna coklat, manakala madu Lavender pula lebih cair & berwarna kuning jernih.
Eropah negara 4 musim, setiap musim berbeza akan menghasilkan jenis-jenis bunga yang berbeza. Jangka masa hayat bunga-bunga ini juga pendek (2~3 minggu) membuatkan ia sangat unik & terhad. Pengusaha madu akan menempatkan sarang lebah mereka berdekatan dengan lokasi sumber bunga-bunga ini sepanjang tempah musimnya.
➡️ Leatherwood : Jan ~ April
➡️ Lavender : May – June
➡️ Lime/Linden : June ~ Ogos
➡️ Heather : Julai ~ September
Faktor kedudukan geografi seperti topografi (ketinggian dari permukaan laut), jenis tanah & climate antara faktor penting kerana ia akan mempengaruhi kualiti tumbuhan yang menghasilkan nectar sumber madu. Kawasan pergunungan biasanya menghasilkan bunga yang lebih berkualiti daripada kawasan landai & tandus kerana kualiti udara & juga tahap pencemaran yang rendah
Geografi yang berbeza akan menghasilkan rasa & sifat madu berbeza walaupun dari jenis bunga yang sama. Contohnya, Madu Lavender yang berasal dari Spain tak akan sama rasanya dengan Lavender dari benua Amerika.
Kebiasaanya pengusaha madu Eropah mereka akan menempatkan sarang lebah mereka jauh ke kawasan pendalaman kerana bebas dari pencemaran. Kualiti udara & lanskap sangat mempengaruhi kualiti nectar yang bakal di tuai oleh lebah-lebah mereka.
Contohnya untuk madu dari pokok Heather, kotak sarang lebah (hive) akan ditempatkan di kawasan pergunungan Scotland Hill kawasan yang paling bebas pencemaran seluruh UK.
Manakala madu pokok Leatherwood pula hanya akan berbunga selepas 250 tahun, & hanya boleh didapati dari kawasan paling remote di dunia – Hutan Tasmanian yang berusia lebih dari 65 Juta tahun, kawasan paling “fresh” bebas pencemaran di dunia.
Khasiat madu secara umumnya sangat banyak untuk kesihatan. Tetapi madu eropah lebih kedepan jika dilihat pada sokongan kajian-kajian saintifik university terkemuka dunia (bukan claim kosong). Kerjasama antara pengusaha madu dengan pihak university juga bertujuan untuk mengkomersialkan lagi jenama madu eropah diperingkat dunia.
Contoh, madu “Manuka” dari New Zealand antara yang terkenal dengan kajian saintifik dalam rawatan cancer. Mereka juga memperkenalkan unit khas untuk mengukur quality madu seperti “TA” & “MGO”. Contoh lain adalah madu “Heather” dari Scotland yang tinggi kandungan antioxidan juga dikatakan setanding dengan Manuka . (Rujukan)
Jika di Malaysia kita ada KKM & HALAL cert, di Eropah, mereka sangat menitik beratkan kualiti produk keluaran benua Eropah. Piawaan seperti FDA-EMA, SALSA, SFD wajib dipatuhi untuk pastikan proses pembuatan, label & pembungkusan mematuhi SOP & standard yang ditetapkan oleh Kesatuan Eropah.
Di Malaysia kita tidak mempunyai badan khas untuk memantau madu tiruan. Penguat kuasaan yang rendah dan tiada standard yang khusus untuk mengukur tahap keaslian madu antara sebab kenapa kita susah untuk mengawal lambakan madu tiruan di pasaran.
Berbeza dengan Eropah, madu diselia oleh badan khas sebagai “1 stop solution”untuk memantau & memerangi madu tiruan. Madu-madu yang dipasarkan di pasaran Eropah perlu mematuhi standard yang ketat seperti yang digariskan oleh EU Council Directive 2011/110/EC & CODEX Alimentarus. Antara contoh-contoh ujiannya:
➡️ HMF & Diatase : pastikan madu tidak di-heat treatment & tidak diproses (adulterated)
➡️ Sugar (Fructose/Glucose) : pastikan madu tiada gula tambahan.
➡️ Pollan Analysis : pastikan sumber locasi asal madu, tidak dicampur dengan madu lain.
➡️ Moisture Content: pastikan madu benar-benar matang, tidak dicampur dgn air.
(rujuk SINI untuk lebih detail CODEX Alimentarius)
Piawaian ketat ini juga bertujuan untuk melindungi penguna dan juga industry madu eropah daripada lambakan madu “tiruan” dari negara luar seperti China.
Eropah merupakan pengeluar madu ke-2 terbesar di dunia. Tetapi hasil madu keluaran mereka belum mampu untuk menampung permintaan domestic. Tak hairanlah kenapa kita jarang melihat madu ini di Malaysia kerana export mereka sangat kecil. Kalaupun ada, belum tentu 100% asli
(Laporan KKM – 80% madu dipasaran Malaysia adalah bukan madu asli)
Pengusaha ladang madu di eropah kebanyakannya beroperasai hampir 100 tahun. Jadi teknik, praktik & pengetahuan mereka dalam penghasilan madu adalah antara yang terbaik di dunia. Apiculture, etika, kaedah & proses menghasilkan madu adalah berbeza di setiap benua.
Kesatuan Eropah (EU) mempunyai polisi & garis panduan khas dikeluarkan oleh European Coexistence Bureau (ECoB) kepada pengusaha lebah bagi mengawal kualiti madu & impak kepada ecosystem kelestarian populasi lebah. (Rujukan)
Melainkan anda menetap di Europe, memang sukar untuk kita di Malaysia untuk mendapatkan madu asli ini. Antara faktornya :
Cabaran utama industry madu eropah ialah permintaan sentiasa melebihi pengeluaran. Output madu sangat bergantung kepada keadaan cuaca & populasi lebah. Ketidak tentuan iklim dunia akhir-akhir ini memendekkan lagi tempoh musim bunga. Keadaan ini akan menghadkan tempoh tuaian madu. Jadi, pengusaha lebah perlu sentiasa memastikan populasi lebah mereka mencukupi & sihat untuk bekerja dalam tempoh yang singkat ini. (Rujukan)
Isu madu “tiruan” adalah masalah sejagat bukan hanya di Malaysia. Di Eropah sendiri 85% madu di pasaran terdiri dari madu tiruan atau telah diubahsuai “adulterated”. Madu tiruan ini biasanya ditambah sirap pemanis, atau dicampur dengan madu kualiti rendah seperti madu China untuk menjimatkan kos. Selain tertipu, penguna madu tiruan ini juga boleh membahayakan kesihatan & terdedah kepada risiko penyakit kronik seperti kencing manis & masalah jantung. (Rujukan)
Selain dari kebanyakan pengusaha tidak mengeksport product mereka ke luar Europe, kebiasaanya madu di botolkan dalam botol kaca untuk menjaga kualiti & tahan lebih lama. Jadi kos packaging & logistik lebih mahal untuk mengelaknya daripada pecah ketika proses penghantaran.
Kos operasi untuk menghasilkan madu lebah asli di Eropah secara puratanya lebih tinggi berbanding asia. Tambahan pula pengeluaran yang terhad, maka harga madu eropah lebih tinggi berbanding negara lain.
(TREELIFE OVERSEA PARTNER)
Ini Mr. Shahrir, Treelife oversea partner. Beliau menetap di Scotland sejak 2005. Tugas beliau adalah yang paling susah antara kami ber-3, iaitu survey pengeluar madu terbaik di Eropah. Bermula awal 2019, hampir 4 negara eropah telah dijelajah untuk bertemu dengan pengusaha madu sambil membina networking & kerjasama bagi tujuan mengimport madu eropah ke Malaysia.
Tugas yang terbukti mencabar kerana mewakili company yang langsung tak terkenal, tiba-tiba dipelawa untuk collaborate, sape yang nak kan? Tapi berkat kesabaran, akhirnya beliau berjaya memikat beberapa pengeluar madu untuk berkerjasama dalam projek ini.
(-HH- HONEY FARM DIRECTOR)
Ini Mr. Mark Noonan, pemilik Heather Honey Farm (-HH-) yang terletak di Perthshire Scotland, nama yang tidak asing lagi dalam industry madu di eropah. Hampir semua produk keluaran beliau pernah memenangi international award (Great Taste, Ark of Taste, dsb)
Menerusi berbualan ringkas di talifon, tersentuh dengan impian & visi yang kami cuba rialisasikan, beliau setuju menjemput Mr Sharir untuk melawat ladang lebah miliknya.
Dipendekkan cerita, kebetulan syarikatnya juga bercadang untuk menembusi pasaran Asia Tengara sebagai destinasi ekspot ke-2 syarikatnya selepas Jepun. Beliau bersetuju untuk melantik syarikat kami sebagai sole distributer kepada product -HH- di Malaysia.
Anda akan terkejut kalau saya dedahkan betapa dasyatnya award-award & pengikhtirafan dunia kepada Mr Noonan walaupun syarikatnya hanya berstatus family-run business (bukan pengeluar madu besar-besaran)
Queen Elizabeth (The Queen Of England) pernah menghantar“Letter of Appreciation”kepada Mr Noonan sebagai tanda penghargaan kepada produk keluarannya. Ini pengiktirafan tertinggi kepada beliau apabila productnya dihargai oleh Queen sendiri. Kira level madu ni sama macam ala-ala santapan golongan royalist gitu
Product dari -HH- juga pernah memenangi beberapa anugerah tertinggi di peringkat dunia seperti “GREAT TASTE AWARD”(world’s largest and most trusted food & drink awards). Diadili oleh hampir 800 panel terdiri daripada chefs, buyers, food writers and retailers, anugerah ini dianggap sebagai “Oscard Award” untuk industri makanan. (Rujukan)
Antara anugerah lain termasuklah Ark of Taste (anugerah untuk brand terunik di dunia), Delicious Magazine Product Award, Great British Food, Scotland Excellent Award, dan Word Jamphion Award. (Semua anugerah ini adalah pengiktirafan diperingkat international ye)
Kebanyakan pengeluar madu komersial melakukan Heat treatment (pasteurized) ketika memproses madu untuk meningkatkan output & mengelakkan madu daripada fermentation & crystallization (masam & terhablur). Suhu tinggi bertujuan untuk membantutkan aktiviti microrganisma yang menjadi punca madu terfermentasi.
Namun, kesan sampingan dari proses ini akan memusnahkan nutrisi, enzim & khasiat-khasiat di dalam madu tersebut. (Rujukan)
Jadi, madu perlu dituai & diektrak secara tradisional (pada suhu tidak melebihi suhu sarang) untuk memastikan enzim, protein & khasiat semula jadi madu tersebut kekal & tidak termusnah ketika proses penuaian, mengekstrak & proses pembotolan. Proses ini sangat leceh, memakan masa dengan kos yang lebih tinggi. Tetapi hasilnya adalah madu tulin yang jauh lebih berkualiti & keaslian rasa yang unik sambil mengekalkan khasiat semulajadi madu tersebut.
Beroperasi sejak 1945 dan memiliki 1300 sarang dengan 52 juta lebah disekitar Scotland Highlands. Beliau juga berdaftar & bergiat aktif sebagai Members of the British Beefarmers Association, Scottish Beekeepers Association, British Beekeepers Association. Terlatih dalam “Sensory Analysis of Honey” & diiktiraf sebagai pakar oleh Italian Register of Experts.
Menternak lebah bukan satu kerja yang mudah, kepakaran & seni yang sangat tinggi diperlukan dalam 3 bidang utama:
Kajian oleh University of Agricultural Sciences & Veterinary Medicine Cluj-Napoca, khasiat madu ini setanding Madu Manuka.